
Selasa, 06/03/07 –
Pihak Berkuasa Israel telah membebaskan tahanan Jordan, Mazen Malasa selepas enam tahun ditawan iaitu setelah menghabiskan masa dalam sel-sel pengasingan mereka, menurut laporan sumber yang sah Isnin ini.
Menurut laporan jawatankuasa kebangsaan untuk banduan-banduan yang hilang dalam penjara Israel, wakil jurutera Jordan iaitu Maysara Malasa berkata dalam satu siaran akhbar bahawa Mazen,32 pada masa ini masih di Ramallah untuk persediaan sebelum pulang ke Jordan.Mazen, seorang jurutera kimia daripada Universiti Damsyik telah ditangkap pada 4/7/2001 dalam satu sekatan jalanraya di daerah Ramallah.Sejak daripada itu, dia diletakkan dalam sel-sel pengasingan di Askalan selepas menjalani soal siasat yang “kejam”, menurut kenyataan Maysara.
Menteri Palestin yang menguruskan banduan-banduan, Wasfi Kabaha mengucap tahniah kepada Mazen atas pembebasannya dan menggambarkan pengasingannya selama bertahun-tahun itu sebagai satu “kegilaan”.Beliau menggambarkan langkah rejim Zionis itu sebagai satu percubaan untuk melemahkan semangat pejuang Palestin dan Arab.