Haneya dan Abbas Bertemu Bincang Susunan Akhir Kerajaan Campuran


Selasa, 06/03/07 –
Ahad (4/3) berlangsung pertemuan antara Presiden Palestin, Mahmud Abbas dengan Perdana Menteri Ismael Haneya dalam perbahasan akhir susunan kerajaan
perpaduan nasional Palestin di Semenanjung Gaza.

Abbas sampai di Gaza setelah Asar dan disambut Haneya di pejabat perdana menteri. Kedua-dua pihak sama ada Hamas maupun Hamas optimis pertemuan ini mendapat hasil positif. Kedua-duanya menegaskan, pertemuan ini membincangkan isu-isu penting berkait susunan kerajaan perpaduan nasional yang belum jelas.

Pertemuan yang bermula lambat satu jam disebabkan Abbas perlu bertemu dahulu dengan
Setiausaha Agung Parti Front Karakyatan, Bassam Shalih. Sementara Haneya mengadakan
pertemuan dengan ahli parlimen, Mustafa Barghutsi.

Menurut sumber Palestin yang disiarkan infopalestina.com, dalam agenda pertama,
Mahmud Abbas melaporkan hasil lawatannya ke pelbagai negara Arab dan Islam untuk
mensosialisasikan hasil deklarasi Mekah, disamping usaha untuk membebaskan rakyat Palestin dari embargo antarabangsa. Beliau menyebutkan bahawa hampir semua negara menyambut baik hasil delarasi tersebut.

Pada masa yang sama, Haneya turut melaporkan hasil pembicaraanya dengan beberapa fraksi parlimen berkait pembentukan kerajaan perpaduan nasional.

Kemudian keduanya membahaskan empat agenda utama dalam pertemuan itu. Pertama, hasil
kunjungan Abbas ke pelbagai negara Arab, Islam dan Eropah. Kedua, jawatan menteri dalam negeri yang diusulkan dari pihak Hamas serta minta persetujuan dari Abbas. Ketiga, kemungkinan penyertaan Parti Front Kerakyatan dalam gabungan kerajaan
perpaduan nasional. Di samping mencari kata sepakat dalam susunan akhir pemerintahan. Terakhir, ucapan pembukaan perdana menteri baru berkenaan bentuk pemerintahan serta program-programnya.

Sementara itu, menurut penasihat politik perdana menteri Palestin, Ahmad Yusuf, pertemuan antara Abbas dan Haneya berlangsung positif, tidak kelihatan pertemuan ini akan berakhir tanpa kejayaan. Dijangkakan hasil pertemuan terakhir ini akan disiarkan Isnin (5/3).

Berkait, keikutsertaan Parti Front Kerakyatan Palestin dalam gabungan kerajaan baru, Yusuf menegaskan, pada dasarnya semua pihak menginginkan agar parti tersebut bergabung.

Di pihak lain Front Kerakyatan menyatakan sama ada mereka akan ikutserta atau tidak dalam kerajaan campuran akan diumumkan hari ini (5/3).