
Rabu, 07/03/07 –Ahli parlimen Palestin, Khaled Tafesh dalam satu kenyataan pada Isnin lalu (5/3/07) menggesa presiden Goerge Bush untuk mengkaji semula polisi kerajaannya terhadap Asia Barat terutamanya dasar-dasar terhadap Palestin.Beliau meminta agar USA dan Negara kesatuan Eropah yang dasar mereka adalah lebih berpihak kepada Israel, agar berhenti daripada menyokong penindasan Israel terhadap rakyat Palestin dan menghentikan sekatan antarabangsa yang dikenakan akibat daripada pilihan rakyat Palestin untuk memilih HAMAS sebagai kerajaan.
Tafesh, yang mengeluarkan kenyataan tersebut dalam perjumpaan dengan delegasi dari USA dan Negara kesatuan Eropah juga menghantar mesej kepada rakyat US dan Eropah dengan berkata “ Kami bukan musuh anda,dan kami tidak membenci anda…akan tetapi kami menentang polisi sekatan yang dikenakan oleh Negara anda terhadap Negara kami..â€Beliau menyambung lagi “Kami tidak sukakan pembunuhan dan pertumpahan darah akan tetapi kami hanya mahu agar hak dan Negara kami dikembalikan.
“Ahli Parlimen HAMAS itu memberi penerangan kepada delegasi asing tersebut tentang kepayahan hidup yang dialami oleh rakyat Palestin akibat penindasan,pembunuhan,pemusnahan dan usaha yang berterusan bagi menghalau rakyat Palestin keluar dari tanah mereka yang dilakukan tanpa belas ihsan walau sedikitpun dari pihak rejim Zionis.
Beliau juga menerangkan tentang pendirian kerajaannya terhadap keadaan semasa yang berlaku di Palestin, hubungan dengan Negara Yahudi tersebut dan hal-hal lain yang bersangkutan.Delegasi asing tersebut setelah mendengar kenyataan dan penerangan yang diberikan menyatakan simpati mereka yang amat dalam terhadap tekanan, kemusnahan dan sabotaj yang dialami oleh rakyat Palestin, mereka juga menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap rakyat Palestin dalam menghadapi situasi tersebut.
Salah seorang dari jurucakap delegasi tersebut menyatakan bahawa mereka memahami situasi penindasan yang dialami oleh rakyat Palestin dan jurucakap tersebut juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin.