2 Kanak-kanak Palestin Cedera Akibat Letupan.


Rabu, 07/03/07 –
2 kanak2 Palestin cedera parah semalam (06/03/07) dalam satu letupan yang terhasil dari objek yang
tidak di kenali semasa bermain di sebuah padang di kem pelarian Jabalia , utara Gaza, sumber perubatan
melaporkan.

Sumber menyatakan Hussein Abu Warda berusia 5 tahun dan adiknya Dayan, 4 tahun telah dirawat dan keadaan dilaporkan stabil.

Rejim Zionis pada kebiasaannya akan meninggalkan bahan2 letupan setelah mereka meninggalkan
kawasan yang telah mereka cerobohi bertujuan untuk meningkatkan jumlah kematian dan kecederaan
kepada kanak2 Palestin.

Sementara itu, fraksi bersenjata Fatah iaitu AMB telah melancarkan roket buatan sendiri ke arah
penempatan Sderot, barat Negev, Ashkelon dan Nahal Oz. Kawasan ini merupakan tanah yang dirampas pihak rejim pada tahun 1948.

Serangan ini merupakan tindak balas kepada tindakan biadap rejim menggali masjid suci umat Islam , masjid Aqsa dan serangan bertali arus terhadap rakyat Palestin. Fraksi Jihad Islami , Quds Brigades juga telah mengaku melancarkan 4 roket ke arah penempatan Ashkelon awal pagi ini. 4 rejim Zionis dilaporkan cedera.