Hamas Mendapat Jemputan Rasmi Venezuela.


Jumaat, 09/03/07 –
Pergerakan Hamas Rabu lepas telah menerima satu jemputan rasmi untuk melawat Caracas semasa satu mesyuarat antara Menteri Luar Venezuela, Nicolas Maduro dan delegasi Hamas di Tehran.

Dr. Mousa Abu Marzouk, selaku Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas memberitahu PIC bahawa delegasi Hamas yang diketuai oleh Pengerusi Biro Politik iaitu khaled Mishaal dijemput oleh Menteri Luar Venezuela berdasarkan keaddan semasa rakyat Palestin yang terdedah dengan serangan orang Israel dan kepungan Barat.Beliau berkata delegasi itu juga akan mengkaji semula polisi Amerika terhadap Timur Tengah dan Amerika Latin.

Maduro juga menyatakan sokongan Presiden Venezuela, Hugo Chavez dan rakyatnya terhadap penduduk Palestin dan Deklarasi Makkah. Beliau menekankan tentang penolakan negaranya terhadap dasar penjajahan Amerika di Timur Tengah, menurut Abu Mazrouk.

Abu Marzouk berkata Maduro telah memberikan jemputan rasmi kepada kepimpinan Hamas untuk melawat Caracas dan memberitahu kepada kerajaan perpaduan mengadakan hubungan secara terus dengan Venezuela serta membuka Kedutaan Palestin di Caracas.Sementara itu, sumber yang rapat dengan Gerakan Hamas berkata Caracas mungkin jadi salah satu daripada negara-negara yang akan dilawati oleh kepimpinan Hamas dalam usaha mereka mendapatkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan Palestin.

Beliau juga memetik bahawa Maduro berharap agar dapat membentuk satu barisan penduduk Amerika Latin bersama kerajaan-kerajaan dalam menyatakan sokongan mereka kepada penduduk Palestin sebagai langkah pertama ke arah memecahkan kepungan serta meneruskan bantuan kewangan untuk penduduk Palestin dan kerajaan perpaduannya.