
Jumaat, 09/03/07 –
Presiden Republik Islam Iran, Mahmod Ahmadinejad menilai bahawa Israel ketika ini hidup dalam keadaan paling merana dalam sejarahnya. Sewaktu pertemuannya dengan ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mishal di Teheran, Nejad menyeru agar semua
negara Islam menyokong pemerintah Palestin yang dipilih secara demokratik.
Sokongan ini dilakukan demi menggagalkan usaha-usaha musuh Islam untuk menghancurkan
bangsa Palestin. Nejad juga menegaskan bahawa waktu lahirnya janji Allah sudah dekat. Kemenangan umat Islam dari hasil perjuangan dan keimanan bangsa Palestin yang dizalimi akan segera
berhasil.
Beliau menegaskan bahawa sudah menjadi tanggungjawab pemerintah Palestin dan gerakan
Hamas untuk menghentikan peperangan dalaman kerana telah wujud kesedaran fraksi-fraksi Palestin untuk bersatu. Ia menjadi senjata yang paling ampuh dalam menggagalkan konspirasi musuh-musuh Palestin.