
Jumaat, 09/03/07 –
Sejumlah besar orang anggota polis rejim Zionis pada hari Rabu (7/3/07) telah menyerbu khemah di wadi Al Joz dan menahan Syeikh Raed Salah, pemimpin pergerakan Islam. Wartawan PIC (Palestine Info Centre) melaporkan bahawa anggota polis rejim Zionis menembak bom-bom sonik dan gas pemedih mata canisters ke dalam khemah. Khemah dipasang oleh para pemogok bagi membantah penggalian rejim Zionis di masjid Aqsa.
Laporan-laporan akhbar bahasa Ibrani berkata mahkamah akan membuka pembicaraan ke dalam kesnya pada tengah hari Ahad. Mahkamah yang sama tiga minggu lepas telah menghalang Syeikh Salah daripada mendekati masjid Aqsa selama 60 hari kerana mempelopori kempen bagi mendedahkan tentang kerja2 menggali masjid suci Al-Aqsa oleh rejim Zionis .Penggalian tersebut menyalakan api kemarahan umat Islam sedunia.