Hamas Tidak Akan Iktiraf Israel


Jumaat, 09/03/07 –

Pergerakan Hamas mengesahkan Khamis lepas bahawa ia tidak akan berkompromi walau seinci pun berkenaan peristiwa pengorbanan rakyat Palestin sekalipun dapat membayar kesemua itu dan menekankan bahawa penentangan adalah pilihan mereka dan merupakan pilihan strategik pergerakan tersebut dalam usaha untuk membebaskan Palestin.

Perkara itu disahkan oleh pergerakan tersebut dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan dan satu salinan difakskan kepada PIC (Palestine Info Centre) semasa ulang tahun keempat pembunuhan Ibrahim Al Makadma di Gaza City. Makadma merupakan pemimpin senior politik Hamas dan telah menghabiskan masa bertahun-tahun dalam penjara Israel sebelum beliau dibunuh dalam satu serangan udara Israel pada tahun 2003.

“Pembebasan Baitulmuqaddis [bandar paling sibuk] telah dan masih menjadi pendorong utama kita dan untuk perjuangan ini kita akan teruskan penentangan sehinggalah bandar raya in dibebaskan dan bendera Palestin berkibar di atasnya”, pergerakan mengesahkan. Bagaimanapun, Hamas menyatakan bahawa ia akan memelihara serta memperhebatkan lagi usaha untuk membentuk kerajaan perpaduan pertama Palestin bagi menggagalkan komplot perancangan luar untuk menggugurkan penubuhan kerajaan tersebut.“Hamas akan meyakinkan penduduk Palestin yang ia kekal menerajui sayap keselamatan penduduk Palestin dalam menghadapi konfrantasi Israel dan Amerika dan akan berusaha keras untuk memberikan kesedaran tentang aspirasi nasional mereka”, mengikut kenyataan tersebut.

Sebagai penghormatan atas Makadma, Hamas menghitung kebaikan beliau dan menggambarkannya sebagai “seorang pemimpin yang hebat dan seorang sarjana agama yang unik”, dan menyatakan bahawa sungguhpun Makadma telah terbunuh, semangat dan pemikirannya masih hidup sebagai panduan untuk generasi pejuang Palestin akan datang.Beberapa pemimpin senior politik Hamas termasuk ketuanya Sheikh Ahmad Yassin, penggantinya Dr. Abdul Aziz Al Rantisi dan panglima sayap bersenjata Briged Qassam, Syeikh Salah Shehada serta pemimpin-pemimpin yang kanan lain telah terbunuh di tangan rejim Zionis beberapa tahun lepas.