Lawatan Rice Menambah Tekanan ?


Isnin, 12/03/07 –

Jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza, Ismail Redwan Ahad lepas menuduh lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice ke rantau ini akan menambahkan tekanan bagi pihak Palestin supaya menawarkan lebih banyak konsesi.

Dalam satu siaran akhbar Redwan berkata, pergerakannya tidak mengalu-alukan lawatan itu kerana ia tidak akan memihak terhadap kepentingan penduduk Palestin tetapi lebih kepada menyokong penempatan dan pencerobohan Israel.Rice mengulangi lawatannya ke rantau ini yang membayangkan kejengkelan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Persetujuan Makkah antara Fatah dan Hamas yang merupakan pelengkap sebelum pembentukan kerajaan perpaduan kebangsaan, menurut pendapat Redwan.

Fawzi Barhum, seorang lagi jurucakap Hamas telah memberitahu PIC pada Sabtu lepas bahawa dasar Amerika Syarikat terhadap persoalan penduduk Palestin adalah kabur.Mengenai komen beliau tentang lawatan Rice, Barhum berkata tuntutan rakyat Palestin adalah jelas terutamanya melibatkan penubuhan negara merdeka sendiri dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negaranya, membebaskan banduan-banduan serta membuang tembok yang bersifat perkauman.