
Selasa, 13/03/07 –Seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah menculik wartawan BBC petang semalam
selepas menahan kereta beliau di pinggir Remal, barat bandar Gaza.
Sumber daripada PA berkata, lelaki bersenjata telah memaksa Alan Johnston memberhentikan
keretanya dan membawa beliau ke lokasi yang tidak diketahui. Sekatan jalanraya giat dijalankan
di sekitar bandar Gaza untuk mencari Johnson dan memberkas penculik tersebut.
Jurucakap Hamas, yang mengetuai kerajaan Palestin sekarang mengutuk sekeras-kerasnya
penculikan tersebut.”Kami mengutuk keras perbuatan penjenayah yang ingin memusnahkan reputasi kami
dan bebaskan wartawan tersebut”, ujarnya kepada Associated Press.