Dr Ghazi : Dakwaan Tentang Shalit Adalah Palsu


Selasa, 13/03/07 –
Dr. Ghazi Hamad, Jurucakap Kerajaan Sementara Palestin Isnin ini menyangkal dakwaan bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah bersumpah untuk membebaskan Shalit sebelum pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.Hamad dalam satu siaran akhbar berkata, laporan akhbar berbahasa Ibrani yang menyatakan Abbas berikrar semasa mesyuarat bersama Persana Menteri Israel, Ehud Olmert pada Ahad lepas adalah “tidak betul dan tidak tepat”.


Presiden dan kerajaan Palestin telah berbincang mengenai isu (Shalit) lebih dari sekali dan berjanji untuk mengadakan usaha berkesan ke arah penyelesaian isu ini yang dianggap sebagai satu “perjanjian mulia” di mana Shalit yang akan dibebaskan kelak perlu juga membebaskan tawanan dari kalangan penduduk Palestin sebagai balasan.Hamad menolak untuk mengaitkan pembentukan kerajaan perpaduan dengan pembebasan Shalit, individu yang dikaitkan dengan penentangan puak-puak Palestin di Semenanjung Gaza selama sembilan bulan lalu, dan menegaskan bahawa dua persoalan tersebut adalah berbeza dan perlu dipisahkan.