Parlimen Mesir Ancam Putuskan Hubungan Diplomatik dengan Israel


Selasa, 13/03/07 –

Sebuah filem dokumentari ditayangkan di televisyen Israel tentang pembunuhan 250 tawanan Mesir dalam perang 1967. Penayangan filem ini mengundang
kemarahan rakyat Mesir terhadap Israel. Bahkan parlimen Mesir mengancam memutus
hubungan diplomatik.

Parlimen Mesir meminta agar pihak kerajaan menilai kembali hubungan dengan Israel jika mereka tidak membawa pihak terlibat ke muka pengadilan. Pernyataan rasmi parlimen Mesir itu disiarkan oleh akhbar Asy-Syarqul Ausath yang menyatakan bahawa Bahagian Bersama untuk Urusan Arab dan Hubungan Luar Negeri dan Hak Asasi Manusia di
Parlimen Mesir telah mengancam akan menarik semua bentuk hubungan ekonomi dan kesepakatan yang ditandatangani dengan Israel jika negara Zionis ini tidak mengadili mereka yang terlibat dalam pembunuhan tahanan Mesir dalam perang 1967.

Seperti dalam filem dokumentari itu, pembunuhan itu dilakukan oleh militan Israel di bawah pimpinan Benyamen ben Yakzar di wilayah Aris pasca perang.
Walaupun filem dokumentari tersebut di tayangkan di TV Israel namun pihak Mesir tetap memberikan respon keras. Pemerintah Mesir memanggil duta besar Israel dan memintanya untuk memberikan keterangan rasmi selepas perjumpaan khas parlimen yang membahas isu tersebut.