
Rabu, 14/03/07 –
Rejim Zionis telah menculik ahli Hamas, Anwar Maraeba di bandar Qalqilia, Tebing Barat , sumber-sumber keselamatan Palestin mengesahkan.
Sumber-sumber menambah bahawa rejim Zionis menyekat kereta Maraeba semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, dan mengarahkan dia untuk turun sebelum menggari dan membawanya ke lokasi yang tidak dikenali.
Penculikan tersebut dibuat beberapa jam selepas askar-askar rejim Zionis menculik Ahmad Mubarak, penggubal undang2 dari Hamas kurang daripada satu bulan setelah membebaskannya.
Walaupun 2 kejadian penculikan tersebut, jurucakap Hamas , Yasser Mohammed mengesahkan senarai calon-calon pergerakannya, termasuk yang di bawah kuota bebas, untuk kerajaan perpaduan telah bersedia.
Fatah akan dijangka menyerahkan calon-calon pada Selasa hadapan.