Al-Aruri : Media Hentikan Cakap Tentang Pertukaran Banduan.


Rabu, 14/03/07 –
Sheikh Saleh Al Aruri yang dibebaskan dua hari lalu selepas 15 tahun dalam penjara Selasa ini merayu kepada pihak media untuk berhenti bercakap tentang perjanjian pembebasan banduan-banduan dengan Israel.Beliau memberitahu sidang media mengatakan bahawa banduan-banduan terutama yang dipenjarakan dengan terma tinggi akan menerima kesan buruk disebabkan oleh desas-desus ini.Aruri menuduh Israel sedang melaksanakan satu dasar sistematik bagi mematahkan semangat banduan-banduan Palestin.


Walau bagaimanapun, Sheikh yang dijangka berkahwin dengan pasangannya yang menunggu beliau selama 12 tahun memberitahu bahawa saudara mara tahanan-tahanan tersebut tetap yakin dengan ketabahan mereka yang terpenjara dan pewaris mereka sentiasa bertambah setiap hari.Tahanan yang bebas daripada kongkongan Israel dan dituduh IOA sebagai terlibat dengan penubuhan sayap bersenjata Hamas, Briged Qassam di Tebing Barat ini berkata persoalan tahanan harus diambil satu dimensi lebih besar dan perlu menjadi keutamaan paling tinggi bagi penduduk Palestin.Abu Mujahid: Shalit akan dilepaskan hanya dengan timbal balas melalui pembebasan 1450 orang tahanan Palestin:

Sementara itu, Abu Mujahid yang merupakan jurucakap jawatankuasa tersebut Selasa lepas berkata askar Israel, Gilad Shalit yang ditangkap akan hanya dibebaskan melalui satu perjanjian pertukaran tahanan.Beliau berkata tiga tentangan puak yang menangkap Shalit sembilan bulan lepas mendesak pembebasan 1,000 orang tahanan Palestin yang diletakkan dalam penjara terma tinggi disamping 450 orang wanita dan sebahagian kecil dalam penjara pekerja.

“Kedudukan kita adalah jelas, jika Zionis memenuhi tuntutan-tuntutan itu kita akan lepaskan Shalit, jika tidak dia akan kekal dalam jagaan kita.” kata Abu Mujahid.PRC bersama-sama dengan Briged Qassam dan Angkatan Tentera Islam mengisytiharkan tanggungjawab bersama dalam penangkapan Shalit 25 Jun tahun lepas dalam satu operasi berani di Semenanjung Gaza.