4 Pelarian Palestin di Iraq Terbunuh Semalam.


Khamis, 15/03/07 –Tentera-tentera Iraq dengan sokongan kementerian dalaman telah membunuh empat orang pelarian Palestin dan mencederakan dan menculik yang lain pada hari Rabu (14/03/07) dalam satu serangan yang kejam di kompleks kediaman pelarian itu di Baghdad.

Pelarian-pelarian dalam kompleks Baladiyat berkata askar-askar Iraq disokong oleh angkatan tentera Amerika mengepung kompleks dan menembak pada sesiapa yang keluar sementara mengepung kawasan berkenaan. Sumber-sumber berkata penduduk di kompleks Baladiyat sedang menghadapi kesulitan besar dalam memperolehi pertolongan cemas dalam pandangan pengepungan.

Pelarian-pelarian merayu kepada semua pihak yang mengambil berat, termasuk kepimpinan Palestin, untuk melanjutkan bantuan dan menghentikan serangan, Serangan terbaru ini digambarkan sebagai paling ganas semenjak pendudukan mereka
berbulan-bulan yang lalu. Mereka sedang menghadapi satu kempen kemusnahan.

Lapan orang pelarian Palestin telah terbunuh di Iraq sepanjang bulan Februari sementara 15 lain adalah telah diculik oleh kumpulan bersenjata .