
Khamis, 15/03/07 –
Pergerakan Hamas Rabu ini mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin di Iraq dimana empat daripada mereka telah terbunuh di tangan sekumpulan tentera Iraq dan Amerika.
Hamas menyatakan bahawa kebimbangan itu melibatkan semua pihak termasuk institusi-institusi antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia untuk memberi perlindungan terhadap pelarian dan mencegah serangan seperti itu daripada berulang.Pergerakan memberitahu sejak pendudukan Amerika di negara Arab itu, pelarian Palestin telah menjadi sasaran serbuan berulang yang telah membunuh berdozen-dozen di kalangan mereka sementara yang lain didapati hilang.
Ia menyatakan bahawa pelarian yang sememangnya menjadi sasaran lebih daripada 30 serbuan mengejut sepanjang bulan Februari lepas telah membunuh 8 orang sementara 15 lain diculik dan menjadikan jumlah yang terbunuh adalah seramai 500 orang sejak pendudukan Amerika di negara tersebut.Hamas yang telah memerah segala usaha bagi menyediakan perlindungan kepada pelarian menambah pembunuhan beramai-ramai dalam kejadian terbaru itu adalah bertujuan untuk melemahkan usaha-usaha mereka.
Ini juga mengesahkan bahawa pelarian-pelarian itu tinggal sementara di Iraq disebabkan kehilangan pekerjaan di tempat tinggal mereka dan mereka terlibat dengan sebarang konflik di Iraq.Dalam kenyataan berasingan, Pergerakan Jihad Islam memberi amaran bahawa serangan ke atas pelarian-pelarian itu disasarkan bagi menarik hak mereka untuk kembali ke tanah air.Walid Hillis, jurucakap Jihad Islam di Gaza dalam satu siaran akhbar berkata pembunuhan setiap hari rakyat Palestin di Iraq di tangan tentera “skuad mati” akan hanya menonjolkan dasar sebenar Zionist-Amerika yang mahu hak mereka untuk kembali ke tanah air dimansuhkan.