Hamas : Perlantikan Dahlan oleh Abbas adalah tidak sah.


Selasa, 20/03/07 –
Dalam satu kenyataan rasmi, Hamas berkata perlantikan Dahlan ini sebagai satu pencabulan perundangan Palestin, dan menyeru Abbas untuk memeriksa semula keputusan dalam kesesuaian kepada undang-undang”.


Akhbar Israel, Haaretz, melaporkan bahawa Dahlan baru dilantik sebagai ketua majlis keselamatan negara Palestin yang telah ditubuhkan semula. Majlis tersebut bertanggungjawab tentang keselamatan dalam wilayah-wilayah Palestin.Keputusan melantik Dahlan sebagai penasihat keselamatan negara dan mewujudkan majlis keselamatan negara Palestin, telah dilihat oleh Hamas sebagai satu percubaan oleh Abbas untuk membuat kawalannya atas penduduk Palestin.

Haaretz juga melaporkan bahawa Dahlan menyatakan pada hari Ahad lalu (18/03/07) yang keputusan itu dibuat untuk mencapai satu pasukan yang bersatu, tiada tujuan-tujuan untuk menganggu pasukan eksekutif yang dibentuk oleh Hamas di Gaza.Dalam bulan-bulan kebelakangan ini , Hamas menuduh Dahlan mengetuai pasukan pro-Fateh supaya membuat kacau bilau di Palestin. Beberapa pejuang Hamas dan aktivis-aktivis juga menuduh Dahlan merancang satu usaha membunuh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyya.