HAMAS Tentang Perlantikan Dahlan.


Selasa, 20/03/07 –
Blok Parlimen Hamas hari ini mengkritik keputusan yang dibuat oleh pengerusi pihak berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas diatas keputusannya melantik Mohammed Dahlan dari Fatah sebagai penasihat keselamatan pihak berkuasa Palestin.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, jurucakap parlimen blok Hamas, Dr. Salah Al-Bardaweel menyatakan bahawa “Kami menghormati keputusan presiden, akan tetapi kami amat tidak menyenangi perlantikan Dahalan sebagai penasihat keselamatan kerana keterlibatannya dalam kekacauan politik dan perang saudara yang tidak dapat dinafikan lagi dan juga peranannya sebagai ‘persona non-grata’ di jalanan Palestin.


Bardaweel juga menambah bahawa undang-undang asas Palestin juga tidak membenarkan Dahalan untuk memegang 2 tugas pada satu-satu masa, satu sebagai timbalan dalam PLC dan satu lagi sebagai penasihat keselamatan PA, “Dahalan harus membuat keputusan jawatan mana yang hendak dipilihnya”.“Sama ada dia(Dahalan) berhenti dari tugasnya di PLC atau tidak lagi mengambil tugasan baru kerana tanggungjawab sebagai penasihat keselamatan memerlukannya untuk menghadiri sesi perundangan dan menjalankan tugasnya diluar jauh dari pengaruh tugasan-tugasan lain.

Bardaweel menyatakan lagi bahawa blok Parlimen Hamas akan membentangkan fakta –fakta yang disokong oleh bukti-bukti jelas kepada presiden Abbas bagi meminta Abbas untuk memikirkan semula perlantikan tersebut.Dalam kenyataan awal yang dibuat oleh Dahalan, dia menngesahkan bahawa majlis keselamatan pihak berkuasa Palestin akan dipengerusikan oleh Abbas, Ismail Haneyya (PM Palestin) sebagai timbalannya manakala dia sendiri akan menjadi setiausaha kepada majlis tersebut dan menyatakan lagi bahawa perlantikan ahli-ahli lain akan ditentukan oleh pengerusi PA.