
Rabu, 21/03/07 –
Dalam sidang mingguan, Ahad (18/03) pemerintah Zionis Israel memutuskan untuk memboikot kerajaan perpaduan nasional Palestin yang telah mendapatkan dokongan majoriti dewan legislatif Palestin. Mereka akan meneruskan embargo dan pemboikotan
yang telah dilakukan terhadap pemerintah Palestin sejak setahun lalu.
PM Israel Ehud Olmert telah mengeluarkan arahan yang menegaskan tidak boleh melakukan dialog dengan sesiapapun dari anggota kebinet. Hubungan hanya dijalankan dengan Presiden Palestin, Mahmud Abbas saja.
Olmert mengatakan, program politik pemerintah Palestin yang baru tidak memuatkan perubahan positif apapun, bahkan sebaliknya. Tiada usaha menghapuskan perjuangan bersenjata rakyat Palestin. Olmert menambah, hal ini bertentangan dengan komitmen presiden Palestin Mahmud Abbas untuk menghentikan serangan-serangan roket (ke
Israel) dan membebaskan tentera Israel Ghilad Shalit.
Di pihak lain, saluran 10 televisyen Israel mengatakan bahawa pemerintah Zionis Israel merasa bingung dan cemas atas sikap Eropah yang disebutnya terlalu cepat mencabut embargo terhadap pemerintah Palestin. Pemerintah Israel juga merasa risau
atas sikap ragu-ragu Amerika terhadap perkara itu.
Sementara itu pemerintah Israel kembali memutuskan untuk tetap merampas dana hasil pajak dan cukai yang seharusnya dibayar kepada pemerintah Palestin. Dana yang menjadi hak bangsa Palestin itu sehingga kini mencecah USD700 juta.
Sumber-sumber rasmi Israel menegaskan, pemerintah Israel tidak akan melepaskan dana
pajak dan cukai tersebut kepada pihak Palestin selagi pemerintah Palestin tidak menerima syarat-syarat Kumpulan kuartet (PBB, EU, US dan Russia) yang mencakupi pengiktirafan Palestin terhadap kewujudan Zionis Israel, meletakan perjuangan bersenjata dan mengakui kesepakatan-kesepakatan yang ditandatangani pemerintah sebelumnya dengan pihak Israel.