27 Negara Eropah Akan Jaling Hubungan Dengan Kerajaan Perpaduan Palestin.


Khamis, 22/03/07 –

Wakil Kesatuan Eropah untuk keamanan bagi Middle East Miguel Moratinos dan Menteri Luar Negeri Belgium, Karel De Gucht (gambar) akan menemui Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Palestin, Dr. Ziad Abu Amr tidak lama lagi, kata Menteri Penerangan Palestin Dr. Mustafa Barghouthi, Rabu lepas.Ini adalah mesyuarat diplomatik dan pertama dengan kerajaan Palestin selepas pembentukan kerajaan perpaduan.

Pemerhati Palestin berkata langkah ini boleh memecahkan pemboikotan dalam bidang ekonomi dan politik selama bertahun-tahun terhadap kerajaan Palestin.Kesatuan Eropah diikuti US telah melakukan pemulauan terhadap kerajaan Palestin sebelum ini yang terdiri daripada ahli-ahli Hamas dan anggota gabungannya.

Dr. Abu Amr mengambil alih jawatannya dari Dr. Mahoud Azzahar, seorang ahli Hamas berikutan perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan kebangsaan.Pegawai-pegawai Palestin memberitahu IMEMC bahawa terdapat 27 negara Eropah telah menyatakan kesanggupan untuk menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Perpaduan Kebangsaan Palestin yang baru ditubuhkan.