
Khamis, 22/03/07 –
Jurucakap Pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, Dr. Ismael Redwan telah mengesahkan bahawa penyertaan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya (kiri) dalam delegasi Palestin ke persidangan Arab di Riyadh adalah bukti jelas kesatuan Palestin ketika ini.
“Kami percaya yang suasan dalam Palestin pada ketika ini adalah sangat positif dan mesti dikekalkan, dan dalam konteks ini kami melihat bahawa penyertaan perdana menteri Haneyya dalam delegasi tersebut sebagai satu langkah kehadapan dan reformasi politik Palestin.
Dr. Redwan juga berharap agar presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Haneyya akan berjaya dalam mendapatkan sokongan Negara-negara Arab bagi mendapatkan kembali hak-hak rakyat Palestin dan menghentikan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh US dan sekutunya.Redwan memberikan kenyataannya kepada agensi berita Quds Press, yang mana beliau juga menyatakan kekaguman dan kegembiraan atas hubungan Hamas-Fatah ketika ini dan menyeru kepada semua fraksi –fraksi Palestin untuk menyokong kerajaan perpaduan PA dan bersama-sama bekerja bagi memecahkan tembok sekatan ekonomi.
Beliah menambah lagi dengan menyatakan bahawa khabar angina yang menyatakan berlaku pergolakan dalam Hamas setelah terbentuknya kerajaan perpaduan adalah tidak benar dan menyatakan bahawa Hamas masih kekal focus, teguh dan menurut prosedur dalam membuat apa jua keputusan.“Saya percaya bahawa khabar angin sedemikian sengaja disebarkan oleh musuh-musuh Hamas yang masih lagi kurang senang dengan persetiaan Mekkah†Tekan Dr. Redwan.