
Khamis, 22/03/07 –
Jawatankuasa Jerusalem di bawah perundangan PA (pihak berkuasa Palestin) telah menyeru supaya kempen media-media Palestin, Arab dan Muslim dipertingkatkan bagi menyelamatkan Masjidil Aqsa dan menentang cubaan Israel untuk menjadikan Jerusalem sebagai kawasan penempatan Yahudi.
Satu kenyataan dari jawatankuasa tersebut telah mengesahkan bahawa mereka telah mengadakan satu sessi persidangan video di Gaza dan Ramallah yang membincangkan beberapa isu penting termasuk penjualan sulit hartanah rakyat Palestin di Bandar tersebut, isu perkauman, dinding pemisah, dan diantara isu penting lain adalah penggalian rejim Zionis di Masjidil Aqsa.Di dalam persidangan itu juga, ahli jawatankuasa telah mendengar laporan dari setiausahanya iaitu MP Ahmed Abu Halabeyya berkenaan dengan lawatannya ke beberapa negara Arab termasuklah Jordan, Mesir dan Lubnan.
Berdasarkan laporan tersebut, lawatan Abu Halabeyya ke beberapa negara tersebut dilihat berhasil bagi menangani masalah usaha ganas secara terang-terangan Israel terhadap Masjidil Aqsa dan bandar penempatan.“Dinding pemisah (separation wall) telah memisahkan Bandar penempatan Jerusalem dengan keseluruhan bandar Tebing Barat yang lainâ€, kenyataan tersebut menyatakan.Sebagai kesimpulan, Jawatankuasa tersebut telah menekankan akan kepentingan usaha secara bersama Rakyat Palestin, Arab dan Muslim bagi mempertahankan Masjidil Aqsa di dalam mengekalkan identity Arab dan Muslim mereka.