Perhimpuanan Besar Bagi Memperingati Pengasas Yang Syahid di Gaza.


Khamis, 22/03/07 –

Pergerakan Perjuangan Islam, HAMAS, sedang mengatur satu perhimpunan besar di Semenanjung Gaza pada hari Khamis bersempena ulangtahun ketiga syahidnya pengasasnya , Sheikh Ahmad Yassin, sumber yang disahkan oleh pergerakan itu.Perhimpunan ini dijangka akan menghimpunkan sebahagian besar penyokong-penyokong HAMAS dan kader dan akan berlangsung di kem pelarian Nusierat, iaitu kem pelarian yang paling ramai penduduk di Semenanjung Gaza dan merupakan kubu kuat HAMAS

Yassin telah mengasas HAMAS pada 1987 dan dia telah syahid tiga tahun lalu apabila Jet F-16 Israel telah melepaskan tembakan dari udara ke arah beliau semasa pulang ke rumah dari sebuah masjid berdekatan untuk menyempurnakan solat Subuh.Roket tersebut telah dihalakan kepada Syeikh dan terbunuh serta-mertanya bersama-sama dengan dua temannya yang menolak kerusi roda beliau.

Sembilan rakyat Palestin lain yang keluar dari masjid tersebut juga dibunuh dalam serbuan tersebut termasuk 15 orang warganegara lain, termasuk 2 orang anak Syeikh cedera ringan.Pembunuhan pemimpin Hamas itu telah merangsang gelombang tunjuk perasaan besar di seluruh dunia.Sekitar 300,000 rakyat Palestin menyertai pengkebumian Yassin di bandar raya Gaza.

Walaupun beliau seorang yang lumpur serta hampir buta, Yassin telah berjaya menyemarakkan nyalaan obor jihad dan semangat rakyat Palestin bagi menentang pencerobohan Israel,dan juga menjadikan beliau seorang pemimpin Palestin yang disegani dalam era sejarah moden ini.