Israel Serang Nablus, 2 Pejuang Syahid


Rabu, 28/03/07 –
Dua pejuang Palestin dari Brigade Syuhada Al-Aqsa gugur syahid dalam pertempuran sengit dengan pasukan Israel awal pagi Selasa (27/03) di baldah Lama di kota Nablus. Beberapa sumber media menyebutkan, kedua-dua korban yang syahid adalah Muhannad
Marisy (24) dan Ala? Ziyad Al-Galedh (26).Pasukan Israel juga menghalang kumpulan media untuk menguruskan mangsa lebih dari dua jam.

Dr. Ghassan Hamda, pegawai kesihatan di Hospital Nablus menyatakan, para kumpulan media berusaha menyelamatkan mangsa namun pasukan Israel melarang mereka bahkan menembak kumpulan media agar tidak mendekati mangsa.

Pada awal pagi ini, puluhan kenderaan militan Israel dan helikopter tentera menyerang kota Nablus dari pelbagai penjuru. Mereka menembak pasar dan jalan
Fathimiyah. Serangan ini dihadang oleh pejuang Palestin yang menyebabkan Marisy dan Ghaledh syahid.

Komanda Syuhada Al-Aqsa di Nablus, Abu Ghazalah menyebutkan, pasukan Israel berusaha menyerang baldah Lama di pasar Haddad namun dihadang oleh brigade miliknya dari ‘Pasukan Kuda Malam’. Pada awal serangan, pejuang Muhannad Mariys mengalami luka parah. Ketika pejuang lain menyerang, seorang lagi cedera, iaitu Ala Al-Ghaledh yang meninggal sejurus selepas itu.