Categories
Berita Semasa

Mogok lapar 8 tahanan warga Palestin di penjara Israel hampiri minggu ke 2.

Jumaat, 11-09-2015 – 8 tahanan warga Palestin yang ditahan di penjara Israel didapati melancarkan semula mogok lapar mereka sejak hampir 2 minggu yang lalu. Demikian kenyataan, Suruhanjaya Pihak Berkuasa Kerajaan Palestin yang mengelola warga Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Salah seorang tahanan, Ghassan Zawahera yang mula melancarkan mogok laparnya di penjara Eshel sejak 20 hari bulan, Ogos yang lalu, didapati enggan mengambil air minuman sebagai salah satu langkah bagi meningkatkan desakannya yang membantah penahanan dengan sewenang-wenangnya tanpa dakwaan yang dikenakan terhadapnya.

7 lagi tahanan yang ditahan di 3 buah penjara lain yang terletak di Ayalon, Ashelon dan Negev, didapati turut memulakan mogok lapar mereka sejak 2 minggu lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali