
Jumaat, 16-10-2015 – Pegawai Kanan Jihad Islam Khaled al-Batesh telah berkata bahawa serangan udara maut Israel ke atas Gaza malam tadi adalah satu usaha untuk mengembalikan pencegahan selepas ia hilang keselamatannya di Tebing Barat dan Jerusalem.
Dalam sidang akhbar pada Ahad lalu, Batesh melahirkan kepercayaan bahawa kerajaan Israel cuba untuk melaksanakan polisi pencegahan bagi memulihkan kepercayaan masyarakat Yahudi dengan mensasarkan serangan ke atas orang awam yang tidak bersenjata apabila episod-episod serangan mereka di Tebing Barat dan Jerusalem menemui kegagalan.
Pegawai Jihad Islam memberi amaran bahawa penentangan Palestin tidak akan membiarkan rakyatnya di Tebing Barat dan Gaza bersendirian dalam menghadapi jenayah Israel dan akan memilih masa yang sesuai untuk bertindak balas kepada mereka.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan dan zainuddin