
Jumaat, 16-10-2015 – Gerakan Islam Hamas menuduh Anggota PBB Ban Ki-mon sebagai kejam kerana memandang sebelah mata pengadilan terhadap kejahatan penjajah Zionis terhadap para pemuda dan anak-anak Palestin.
Jurubicara Gerakan Hamas Dr. Sami Abu Zuhri dalam kenyataan sidang berita pada hari Isnin(12/10) mengatakan bahawa Ban Ki-mon memandang enteng kepada kejahatan yang dilakukan oleh rejim Zionis. Yang terbaru adalah kekejaman terhadap Ahmad Shaleh, seorang remaja dan ditinggalkan begitu saja bergelimpangan sehingga meninggal dunia. Ini sama sekali bukan manusia, tetapi binatang! kata Abu Zuhri/
Abu Zuhri menilai bahawa sikap diam Ban Ki-mon terhadap kejahatan brutal yang dilakukan penjajah Zionis seolah-olah memberi sokongan secara tidak langsung dan memberikan mereka kekebalan politik untuk terus melakukan kejahatan. Oleh kerana itu Abu Zuhri meminta Ban Ki-mon agar telus dalam tanggungjawabnya atau undur saja dari dari keanggotaan.
sumber : COMES
penterjemah : asyraf