
Rabu, 04/04/07 –
Syeikh Raed Salah, pemimpin pergerakan Islam dalam tahun 1948 telah memberi amaran bahawa pemerintah Israel bekerja siang dan malam untuk merobohkan masjid Aqsa dan membina kuil di atasnya.Syeikh Salah yang berkali-kali disaman oleh polis Israel dan yang terkini Ahad lepas telah disoal peranannya dalam menghimpunkan pendapat umum orang Arab dan Islam berkenaan penggalian di masjid Aqsa.
Beliau menuduh pihak yang mendalangi pembinaan kuil di atas kehancuran bagunan Aqsa bukanlah daripada individu-individu kecil atau institusi-institusi awam bahkan lebih dari satu institusi rasmi Israel yang terlibat dalam komplot ini dan mereka berusaha setiap hari untuk mencapai matlamat ini.Dalam komen tentang cubaan berterusan untuk merosakkan dan menodai tempat keramat tersebut, Syeikh Salah berkata percubaan demikian adalah merupakan kempen berterusan institusi-institusi rasmi Israel terhadap Aqsa.
“Masjid Aqsa akan kekal menjadi hak Palestin, Arab dan Islam sehingga hari kiamat dan Israel akan kekal sebagai kuasa pekerjaan yang tiada apa-apa hak walau seinci pun terhadap Aqsa,” Sheikh mengesahkan.IOA akan merobohkan 150 buah rumah yang diduduki di Baitulmuqaddisementara itu, sumber-sumber tempatan di Baitulmuqaddis berkata Isnin lepas bahawa rejim Zionis memberi notis pemberitahuan kepada 150 keluarga Palestin yang mengarahkan mereka berpindah dari rumah-rumah mereka sebagai persediaan untuk melakukan perobohan.
Mereka berkata bahawa sejumlah besar anggota polis Israel dan agen perisikan telah menghantar notis pemberitahuan kepada seluruh keluarga di Al-Salam, pinggir bandar Baitulmuqaddis dengan menyatakan arahan untuk memindahkan mereka dalam tempoh 14 hari mulai 2/4/2007.Bahagian keselamatan Israel menuntut rumah-rumah itu yang kononnya telah dibina di atas tanah-tanah milikan waris-waris wanita yahudi yang dipanggil Rachel.
Sumber berkata 2,000 orang penduduk yang tinggal di rumah-rumah itu tidak akan diberikan rumah dalam keadaan rejim Zionis meneruskan ancamannya.Ancaman perobohan kali ini adalah paling serius sejak tahun-tahun kebelakangan ini memandangkan bilangan rumah untuk diruntuhkan atau dalam proses untuk dirampas adalah tinggi.