
Khamis, 05/04/07 –
Parti Hamas di Universiti Bir Zeit, dekat Ramallah di utara Tebing Barat, mencapai satu kemenangan ke atas Fatah dalam pilihanraya pelajar pada Rabu semalam. Hamas memenangi 22 kerusi sementara Fatah memenangi 21 kerusi, tahun lalu Hamas memenangi 23 kerusi dan Fatah 18 kerusi.
Moneer Qazzaz, ketua bahagian pelajar-pelajar yang bermarkas di universiti, berkata bahawa blok Islam menperoleh 2101 undian, sementara Fatah memperoleh 2002 undian. Blok demokratik mengumpul 568 undian , dan kumpulan Islam 134.
Sejumlah 5153 orang penuntut menyertai dalam undi ini (84.93%) daripada 6060 jumlah bilangan pengundi-pengundi sebenar.
Keputusan undi diumumkan secara rasmi oleh ketua Universiti Bir Zeit, Moneer Qassis.
Jihad Islam cuma menang dua kerusi, sementara Parti Pelajar Progresif memenangi enam kerusi.
Menurut sumber-sumber Hamas, ahli-ahli Fatah dan ahli-ahli keselamatan yang setia kepada Fatah membuat tembakan keudara selepas keputusan diumumkan. Berita dari laman web Hamas-run, maklumat Palestin, melaporkan bahawa ahli-ahli Hamas ahli-ahli tidak membalas tindakan tersebut.
Beberapa hari lepas, Hamas memenangi pilihan raya pelajar-pelajar di universiti Hebron dan menperoleh 21 kerusi sementara Fatah memenangi 19 kerusi.