Israel Keluarkan Notis Roboh 150 Rumah Palestin di Al-Quds


Khamis, 05/04/07 –
Sumber tempatan di Al-Quds menyebutkan, pemerintah penjajah Israel telah
memberikan surat peringatan kepada 150 keluarga Palestin yang mengandungi perintah
mengosongkan rumah mereka di kampung Salam di kota Al-Quds dalam tempoh 2 minggu.

Sumber tersebut menyebutkan, pasukan Israel dalam kekuatan besar bersama pasukan
perisik masuk secara ganas ke rumah warga di kampung tersebut, menyerahkan surat
perintah pengosongan rumah yang dimulai sejak Isnin (02/04) dengan alasan tanah yang
didirikan bangunan itu milik seorang wanita Israel peninggalan suaminya yang telah
meninggal dunia.

Penduduk yang menerima surat itu menyatakan pasukan Israel menyerang perkampungan
dan rumah mereka yang sudah dihuni sejak sekian lama serta diduduki seramai 2000
orang penduduk itu akan dihancurkan Israel.Pihak Israel terus sahaja melakukan
tindakan kejam sesuka hati dengan alasan-alasan mengarut.