
Isnin, 09/04/07 –
Ketua Biro Politik Hamas menegaskan bahawa pertubuhannya yang mendapat majoroti dalam kerajaan serta parlimen tidak akan menarik balik pelan politiknya dan tidak akan tunduk kepada tekanan Barat yang meminta supaya kerajaan Palestin mengiktiraf Israel.
Khaled Meshal berkata dalam perbualan melalui telefon selepas menyampaikan ucapan kepada beribu-ribu penyokong pertubuhannya di Ramallah sempena majlis memperingati tahun kedua kepulangan pengasas Hamas ke Rahmatullah, Syeikh Ahmad Yasin serta Abdul Aziz Al Rantisi bahawa “Hamas tidak akan berganjak walau satu meter pun dari buminya. Ia akan terus memperjuangkannya.â€
Terdahulu, Hamas yang telah mencapai kata sepakat bersama Fatah menerusi perjanjiannya di Mekah bagi menubuhkan kerajaan perpaduan Palestin telah bersetuju untuk “menghormati†perjanjian yang ditandatangani oleh Fatah serta mengiktiraf Israel.
Namun, Amerika Syarikat serta Eropah tetap meminta suruhanjaya empat penjuru supaya kerajaan Palestin mengiktiraf Israel secara jelas serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani bersamanya sebelum menamatkan sekatan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin.