Olmert Enggan Bebas Marwan Al-Barghuti.


Rabu, 11/04/07 –

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menegaskan beliau enggan membebaskan pemimpin berpengaruh Fatah, Marwan Al Barghuthi dalam rundingan pertukaran melalui Kaherah selaku orang tengah, meskipun orang-orang terdekat Olmert menyarankan agar Al Barghuthi perlu dibebaskan bagi menghadapi pengaruh pertubuhan Hamas yang semakin berkembang.

Dalam pada itu, berita mengenai bilangan tahanan yang diminta oleh Palestin untuk dibebaskan tidak dapat dipastikan yang mana Israel berkata senarai tersebut meliputi 1300 orang tahanan. Menurut akhbar Ma’arif, senarai tersebut, di samping Al Barghuthi, ia termasuk Ketua Pertubuhan Pembebasan Rakyat Palestin, Ahmad Se’dat. Sementara itu, pegawai tertinggi Palestin mengesahkan bilangan tersebut tidak melebihi seribu orang tahanan, antaranya menteri-menteri serta ahli parlimen.

Para pegawai tinggi Israel pula berkata pasukan keselamatan dalam negeri Israel (Shin Beit) mengkaji nama-nama beratus-ratus rakyat Palestin yang mana Israel berhasrat untuk ditukar dengan tenteranya yang diculik oleh pejuang Palestin, Jilad Shalit.

Sumber tersebut juga menjelaskan bahawa Shin Beit akan mengemukakan kepada Perdana Menteri senarai akhir tahanan tersebut.

Sementara itu, Azzam Al Ahmad menegaskan mengenai “ada kemajuan dalam rundingan tahanan” bahawa Menteri Hal Ehwal Masyarakat iaitu anggota kecil jemaah menteri Israel, Ishak Hertzug berkata, “masih ada jalan yang jauh lagi untuk dilalui sebelum sebarang perjanjian dipersetujui bersama.