
Khamis, 12/04/07 –
Askar-askar rejim Zionis membuat sekatan jalan menghalang 68 wanita Palestin yang hamil untuk melahirkan bayi-bayi mereka hingga menyebabkan kematian empat wanita dan 34 orang bayi belum lahir, sebuah laporan Palestin yang bebas melaporkan.
Laporan dari Hak-Hak Pembebasan Autoriti Palestin berkata bahawa wanita hamil yang dalam perjalanan ke hospital adalah antara yang ditahan di sekatan jalan dimana mereka terpaksa mengambil masa berjam-jam untuk melepasi sekatan tersebut.
Ia berkata bahawa kematian berlaku disebabkan oleh ketiadaan rawatan mencukupi dalam kereta-kereta ambulans, dan menyalahkan rejim Zionis yang bertugas kerana tidak mempedulikan jeritan-jeritan wanita yang hamil ini.
Laporan itu memberitahu bahawa kejadian-kejadian ini telah direkodkan dalam tempoh daripada lewat September 2000 sehingga 21 Julai 2006.