Israel Sengaja Melengahkan Isu Pertukaran Tahanan.


Khamis, 12/04/07 –

Menteri Penerangan Palestin, Mustafa Al Barghuthi menuduh Israel “berlengah-lengah” untuk menyelesaikan proses pertukaran tahanan. Al Barghutgi berkata bahawa kerajaannya tidak menerima sebarang jawapan lagi dari pihak Israel berhubung isu tersebut.

Kenyataan Menteri Palestin itu dikeluarkan ketika pertelingkahan terbaru berlaku dalam usaha rundingan antara Israel dan Palestin berhubung pertukaran tahanan yang tertumpu kepada bilangan tahanan yang hendak dibebaskan, begitu juga identiti mereka.

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert megesahkan enggan membebaskan pemimpin Pertubuhan Fatah, Marwan Al Barghuthi dalam rundingan yang dimainkan oleh Kaherah sebagai orang tengah, meskipun orang terdekat Omert menggesa supaya Al Barghuthi dibebaskan bagi mengimbangi kuasa pertubuhan Hamas yang semakin berkembang.