Amerika Beri Bantuan Kepada Abbas.


Khamis, 12/04/07 –
Kongres Amerika telah meluluskan sumbangan bantuan berjumlah 60 juta dolar bagi membantu pasukan keselamatan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Seorang pegawai tinggi dalam kementerian luar berkata sumbangan tersebut yang mana Kongres sebelum ini pernah dibekukan, akan digunakan untuk memperkukuhkan lagi kawalan khas bagi Presiden Abbas, pasukan keselamatan di pintu masuk sempadan, pengangkutan, penyimpanan, alatan perhubungan dan sebagainya dalam bidang keselamatan.

Mengenai isu rundingan pertukaran tahanan pula, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert melahirkan rasa kecewan terhadap senarai yang dikemukakan oleh rakyat Palestin untuk ditukar dengan seorang tentera Israel, Jilad Shalit.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya berkata Olmert mengambil langkah berjaga-jaga selepas bermesyuarat dengan para pegawainya untuk dikaji. Ia mengatakan bahawa rundingan tersebut ada peningkatan, namun cara untuk menyelesaikannya masih lagi panjang.

Dalam pada itu, kerajaan Palestin menegaskan bahawa ia serius untuk menyelesaikan pakatan tersebut. Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berkata, “bola sekarang, sedang berada di sebelah padang Israel”, sambil menegaskan bahawa pembebasan Shalit dipertaruhkan dengan tindak balas Israel terhadap “tuntutan rakyat Palestin yang adil bagi membebaskan keluarga kami dari penjara Israel”.

Abbas berkata bahawa beliau akan bertemu Olmert pada minggu hadapan untuk mengadakan perbincangan mengenai “rundingan damai dalam konteks kata putus oleh sidang kemuncak Liga Arab di Riyadh.” Mesyuarat pertama antara dua tokoh tersebut akan diadakan setiap dua minggu sejak persetujuan antara mereka dicapai ketika lawatan Menteri Luar Amerika, Condoleezza Rice pada bulan lepas.