Israel Serang Nablus, Culik Pemimpin Pelajar Islam di Kampus Berzeit


Khamis, 12/04/07 –
Tentera Israel dalam jumlah besar menyerang kota Nablus pagi ini (10/04). Sejumlah rumah dijadikan pos tentera. Sementara itu di Ramallah, tentera Zionis
menculik seorang pemimpin aktivis Islam di kampus Berzeit.

Tentera Israel dalam jumlah besar menyerang kota Nablus pagi ini (10/04). Sejumlah rumah di baldah Lama digeledah oleh tentera Israel. Mereka juga menyerang kampung Yasimiyah dan Qaryun. Sebuah rumah milik Basyar Thabilah dijadikan oleh Israel
sebagai pos tentera.

Sumber tempatan menyebutkan, pasukan Israel menyerang dari arah laluan Betfurik hingga wilayah Musallakh sebelah timur dan juga menyerang wilayah Junaid di bahagian barat kota. Kawalan ketat dilakukan terutama di laluan-laluan tentera di sekitar
kota.

Dari Ramallah dilaporkan, selepas kemenangan Front Pelajar Islam dalam Plihanraya Kampus di Universiti Berzeit, pasukan Israel menculik pemimpin pelajar Islam di sana, Aiman Naeem Hamid dari asramanya di kota Beirah.

Ahli keluraga Hamid menyatakan, pasukan Israel mengepung rumahnya pada hari Jumaat dan menangkap beliau serta merampas telefon bimbit dan komputer peribadinya. Keluarga Hamid menyatakan bahawa anak mereka memang sengaja bersembunyi dan menolak menyerah diri kepada Israel.

Sementara itu di Jenin, pejuang Palestin terlibat dalam pertempuran dengan pasukan Israel yang menyerang baldah Qabatiah dekat Jenin, utara Tebing Barat awal pagi ini (10/04). Satu sumber di Brigade Alawiyah Nasher Shalahuddin, sayap ketenteraan Kumpulan Pejuang Rakyat menyatakan, kumpulan pejuanganya dan pejuang dari Brigade Al-Quds terlibat dalam peristiwa tembak-menembak dengan pasukan Israel yang menyerang kampung Barat di Qabatihah. Tidak ada yang terkorban dalam pertempuran ini.