
Khamis, 12/04/07 –
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya Selasa lalu mengesahkan perjanjian pertukaran banduan-banduan antara puak penentang Palestin dan Israel kini berada di mahkamah Israel.
Haneyya menekankan bahawa Israel harus menerima tuntutan puak-puak Palestin ekoran penangkapan anggota tentera IOF, Gilad Shalit dan diharap rundingan untuk pertukaran banduan-banduan akan sampai ke penghujungnya tidak lama lagi.Puak-puak Palestin telah memberikan senarai 1,400 nama banduan-banduan Palestin yang mereka mahu lepaskan disebalik pembebasan Shalit dengan Mesir sebagai pengantara dan telah menghantarkannya kepada Israel.
Sementara itu, semasa lawatan pemeriksaannya ke Kementerian Hal Ehwal Sosial di Gaza Haneyya berkata kerajaan perpaduan akan menumpukan perhatiannya terhadap hal ehwal dalaman yang berkaitan dengan undang-undang dan arahan dalam perjanjian tersebut.Beliau juga akan berusaha sedaya-upaya untuk menamatkan sekatan barat yang dikenakan ke atas penduduk Palestin sejak setahun yang lalu.
Beliau berkata atas keinginan tinggi untuk kepentingan rakyat Palestin, beliau akan memberi kebenaran kepada para menteri untuk menemui negara-negara yang memutuskan untuk berbincang dengan menteri dari kalangan bukan Hamas.Perdana Menteri memberitahu semasa sidang kemuncak Arab di Riyadh bahawa kerajaannya mahu bantuan segera dilanjutkan untuk penduduk Palestin selain daripada jumlah bulanan yang diterima sewaktu sidang kemuncak Khartoum tahun lepas.