
Khamis, 12/04/07 –
Rabu lepas, Jordan telah mengutuk kumpulan fanatik Israel yang melakukan pencerobohan dalam kompleks Masjid Aqsa dan menyerang salah seorang pengawal masjid tersebut.Jawatankuasa Diraja Al Quds yang mengekalkan Masjid Aqsa dan Dome of the Rock memberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan seperti menghentak-hentak kaki dan tidak akan menerima kenyataan Israel bahawa langkah itu adalah satu bentuk pelancongan yang baik.
Jawatankuasa tersebut berkata kerajaan Jordan menggantung hubungan rasmi dengan Israael bagi mencegah berulangnya pencerobohan seperti itu.
Dua pengawal Aqsa, kedua-duanya bekerja dengan kerajaan Jordan telah ditahan dalam pergelutan yang berlaku semasa kejadian hentakan kaki itu, namun telah dilepaskan kemudiannya.Dalam pada itu, Jabatan Awkaf Islam di Baitulmuqaddis mengecam keputusan polis Israel yang mengenakan denda terhadap dua pengawal itu dan melarang mereka daripada mendekati Aqsa selama seminggu.Jabatan itu juga mengutuk perintah polis Israel kepada Nasser Kuwaider, ketua pengawal syif pagi masjid Aqsa supaya tidak melapor diri untuk bertugas selama 15 hari.
Awkaf berkata bahawa keputusan itu selari dengan kempen Israel yang “bersifat menindas” terhadap Masjid Aqsa serta bertujuan untuk memencilkan dan meninggalkannya tanpa sebarang perlindungan diberikan seterusnya membenarkan “pelampau-pelampau Zionis mengawalnya”.