Israel Seksa Pemimpin Hamas Menggunakan Sinar Laser


Khamis, 12/04/07 –

Selama lebih 3 tahun berturut-turut pihak penjara Zionis Israel memancarkan sinar laser di sel yang dihuni Syeikh Jamal Abul Haija (50 tahun) di penjara Israel
Beer Sheba yang menyebabkan beliau mengalami alahan teruk di seluruh badannya.


Demikian disampaikan ahli keluarga Abul Haija yang berasal dari kem pelarian Jenin, Isnin (09/04). Dalam surat yang ditujukan kepada pelbagai badan Hak Asasi Manusia dan media massa, keluarga Abul Haija mengatakan, “Syeikh Jamal adalah pemimpin
Gerakan Pejuang Islam Hamas, menderita penyakit perut dan sakit-sakit akibat tangannya yang dipotong.”

Kelurga Abul Haija menyeru agar badan-badan kemanusiaan dan Hak Asasi Manusia agar
segera melakukan siasatan untuk meringankan tekanan jiwa dan fizikal yang dialami
Syeikh Jamal Abul Haija.Dengan harapan mereka boleh mengunjungi terus Syeikh Jamal
kerana pihak penjajah melarang beliau dikunjungi sejak diculik dan ditahan Zionis
Israel pada tahun 2002 lalu hingga sekarang.

Sementara itu Badan Pembelaan Hak Tahanan dan Manusia ?Nafha? di Jenin mengecam
keras tindakan Zionis Israel yang memancarkan sinar laser di penjara terasing Syaikh
Jamal Haija dalam jangka waktu lama.

Dalam pernyataan yang diterima wartawan Infopalestina, Lembaga ?Nafha? mengatakan,
?Pihak penjara Zionis Israel terus menerus mengasingkan Syeikh Jamal Haija selama
lebih 3 tahun hingga sekarang. Hal ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Tangan
Syeikh Jamal turut dipotong. Sementara itu tiga orang anaknya, Abdul Salam dihukum
penjara selama 7 tahun, Imad menjalani tahanan pentadbiran dan Ashim sehingga kini
terpelosok di penjara Israel sejak 2 bulan lalu.