Friends Of Humanity Anjur Kempen Antarabangsa Demi Pembebasan Dwaik.


Khamis, 12/04/07 –

Sahabat Kemanusiaan (Friends Of Humanity), sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, pada hari Rabu telah melancarkan sebuah kempen menggesa pembebasan Speaker Parlimen Palestin, Dr Aziz Al-Dwaik dan sahabat-sahabatnya yang diculik dan ditahan di bawah rejim Israel.

Kempen itu menjangkakan untuk menghantar sebanyak mungkin e-mel untuk menggesa ahli-ahli Parlimen Arab dan Eropah di samping pemimpin pelbagai pertubuhan dan kesatuan antarabangsa untuk segera bertindak ke arah membebaskan Dawik dan berpuluh-puluh ahli parlimen yang ditahan di bawah rejim yang sama.

Pertubuhan yang berpusat di Vienna itu merayu kepada media antarabangsa dan laman elektronik untuk menyertakan pautan kempen pada laman masing-masing dan menggesa pembaca untuk bertindak aktif dalam kempen ini.Sahabat Kemanusiaan menggesa dunia seluruhnya untuk menyebarkan mesej bertajuk ‘Bebaskan Dwaik dan sahabat-sahabatnya’ dalam skala yang paling luas.Mesej itu melahirkan rasa terkejut dan mengutuk tangkapan rambang Dwaik dan sahabat-sahabatnya ke dalam penjara rejim. Mesej itu menyifatkan bahawa tangkapan itu sebagai tiada di dalam sejarah kemanusiaan sebelum ini, menggesa tindakan segera bagi membebaskan 42 orang wakil rakyat yang diculik rejim Israel.