Polisi Kurungan Berseorangan Zionis: Tahanan Palestin Mengadakan Mogok Lapar.


Khamis, 12/04/07 –
Semua tahanan Palestin di Israel termasuk wanita dan kanak-kanak bersepakat untuk mengadakan mogok lapar sehari Rabu lalu sebagai membantah polisi kurungan berseorangan rejim Zionis , sumber Palestin mengesahkan.

Suleiman Abu Sunaina telah mengadakan satu sidang akhbar di bandar Ramallah Selasa lalu, katanya semua tahanan dan bekas tahanan telah menghubungi pertubuhan undang-undang dan hak asasi manusia untuk memberi tekanan kepada rejim Zionis supaya menghentikan polisi yang melampau itu.Tambahnya lagi, kementeriannya telah dan masih berusaha supaya semua tahanan dikeluarkan daripada kurungan dan menutup kes tersebut.

Tetapi beliau mengakui bahawa beliau tidak mempunyai maklumat lanjut tentang rundingan pertukaran antara kementerian pekerjaan Israel dan penangkapan anggota tentera rejim Zionis, Gilad Shalit. MP Palestin, Khaleda Jarrar mengkritik ulasan tentang penukaran tersebut yang dikeluarkan oleh pegawai PA, katanya “sebarang kenyataan yang tidak matang yang dikeluarkan berkenaan isu tersebut hanya akan merosakkan perasaan tahanan sahaja.”

Dalam hal ini, pegawai perudangan berkenaan penangkapan Shalit menggesa supaya melanggar kriteria-kriteria yang ditetapkan Israel untuk melepaskan tahanan Palestin, dan menggesa mereka supaya memberi perhatian kepada tahanan yang berumur.Beliau juga tidak bersetuju dengan polisi kurungan berseorangan yang dikenakan oleh rejim Zionis keatas tahanan Palestin. Tegas beliau lagi, polisi tersebut bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan konvensyen berkenaan tahanan. Beliau juga menegaskan bahawa pihak rejim Zionis telah menafikan hak-hak keagaman tahanan tersebut termasuk memberi waktu untuk menunaikan solat.

“Terdapat lebih dari 20 orang tahanan Palestin yang telah diletakkan di dalam kurungan berseorangan,” kata timbalan PFLP.Pihak rejim Zionis telah menggunakan polisi pengasingan ini untuk memberi tekanan psikologi dan fizikal ke atas tahanan Palestin, di samping untuk melemahkan semangat dan moral mereka.