
Khamis, 12/04/07 –
Beribu-ribu tahanan penjara rakyat Palestin di penjara pencaroboh Israel dijangka akan memulakan mogok lapar sebagai membantah keadaan penahanan mereka. Ia dilakukan ketika rundingan pertukaran tentera Israel, Jilad Shalit dengan tahanan rakyat Palestin semakin dinanti-nantikan.
Menteri Hal Ehwal Tahanan dan Pembebasan, Sulaiman Abu Sininah mengesahkan beribu-ribu tahanan rakyat Palestin akan memulakan mogok lapar pada hari ini bagi tempoh sehari sebagai membantah dasar politik pengasingan individu yang dilakukan oleh pihak berkuasa penjara penceroboh Israel.
Abu Sininah berkata Israel menahan lebih sepuluh ribu rakyat Palestin di dalam pusat tahanannya, dengan “menafikan hak asasi kemanusiaan dan undang-undang.â€
Dalam pada itu, ahli parlimen, Salim Salamah memberi amaran berlakunya krisis kesihatan yang dialami oleh Ketua Parlimen, Aziz Duwaik dengan berkata beliau serta akli-ahli parlimen yang lain dilarang daripada mendapatkan rawatan yang sesuai.