
Jumaat, 13/04/07 –
Pergerakan Hamas Rabu lalu memberi amaran bahawa musuh-musuh Palestin sedang berusaha keras untuk menghancurkan perpaduan di kalangan rakyat dengan cara mencetuskan pertikaian dalaman. Pergerakan itu mengeluarkan kenyataan Rabu lalu dan mereka sekeras-kerasnya menafikan tuduhan bahawa mereka terlibat dalam operasi pembunuhan seorang pegawai di Khan Younis.
Kenyataan itu menyebut bahawa, “Kumpulan penjahat dan penjenayah sedang mengancam kesatuan rakyat Palestin siang dan malam dengan matlamat untuk mencetuskan kekecohan di jalanan sambil menyembunyikan dalang di sebalik segala-galanya.â€
Selasa lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang pegawai kawalan keselamatan PA, Tahseen Al-Ghalban di sebelah rumahnya di bandar Khan Younis. Bagaimanapun, pergerakan itu mengesahkan bahawa mereka mengekalkan hubungan baik dengan keluarga mangsa dan tidak ada seorang pun anggotanya yang menaruh dendam terhadap mangsa.
“Kedua-dua pihak, Hamas dan keluarga Galban terpaksa berkongsi membayar harga konspirasi tersebut kerana kedua-duanya kehilangan pegawai dan ahli keluarga yang terbaik.†Tambah kenyataan itu. Hamas meminta kepada pihak yang membunuh Galban agar tidak memutar belitkan fakta dan menuduh pergerakan itu terlibat dalam pembunuhan pegawai itu.
Mereka mengesahkan bahawa pembunuh-pembunuh tersebut sedang cuba mengatur permainan dengan membunuh tentera Hamas dan tentera Fatah yang datang dari keluarga yang sama.
Beberapa bulan yang lalu, seorang komander Hamas, Yasser Al-Galban, saudara yang hamper kepada pegawai yang mati itu juga telah dibunuh oleh pihak yang tidak dikenali dan dipercayai daripada kumpulan pengganas yang sama. Kesimpulannya, Hamas menyeru rakyat Palestin keseluruhannya agar bersatu padu bertindak sebelum pihak yang bekerja untuk kepentingan Israel menyebarkan dakyah kehancuran di kalangan rakyat Palestin.