
Jumaat, 13/04/07 –
Akhbar talian Israel, Haaretz, melaporkan pada Khamis bahawa Mahkamah Daerah Tel Aviv menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun selepas mendakwa mereka memandu seorang pengamal istisyhad Palestin.
Rakyat Palestin tersebut telah dituduh meletupkan kawasan berdekatan pusat membeli belah Netanya yang membunuh seramai 5 orang rakyat Israel.Haaretz menambah bahawa 3 orang tersebut, Kfir Levy dari Ramat Gan, Seif Azzam dari Taibeh, dan Abed Abu Al-Mokh dari Baqa Al-Gharbiyya telah disabitkan kesalahan melakukan penyembelihan manusia kerana jenayah membawa pengamal istisyhad tersebut dari Tebing Barat ke dalam Israel.
Pengeboman itu dilakukan pada Julai 2005 di laluan lintas jalan pejalan kaki hampir dengan Sharon Mall di Netanya, 5 terbunuh dan 30 lagi cedera.3 lelaki Israel tersebut bukan sahaja disabitkan melakukan penyembelihan manusia bahkan 30 lagi kesalahan berat mencederakan rakyat Israel yang terkena bom.Mahkamah menyatakan, bahawa 2 tertuduh, Seif Azzam dan Kfir Levy, menyeludup pengebom dari Tebing Barat ke dalam Israel dan pada hari tersebut, Assaf Zahran, pengurus pengebom itu menelefon Azzam dan meminta beliau untuk memandunya ke dalam Israel.Haaretz melaporkan, Azzam dan Levy dibayar 1000 NIS sebagai tambang untuk menyeberang ‘Garis Hijau’ antara kawasan Israel dan Palestin di dalam kereta Levy.
Pendakwaraya Israel menyebut bahawa Azam dan Levy disyaki membawa pengebom itu namun masih tetap memandunya ke dalam Israel. Azzam juga telah memeriksa salah satu beg yang dibawa pengebom namun dia enggan untuk membenarkan Azzam memeriksa satu lagi beg.Satu perkara yang menjadi tanda tanya dalam penghakiman ialah, Azzam dan Levy hanya membawa 2 orang rakyat Palestin di dalam kereta mereka (pengebom dan pengurusnya) sedangkan kebiasaannya mereka akan membawa sebanyak 10 orang rakyat Palestin dan pengebom dan pengurusnya itu membayar 5 kali ganda lebih daripada harga biasa.