Kami Akan Tuntut Hak Kami !


Jumaat, 13/04/07 –
Speaker Badan Perundangan Palestin, Dr. Ahmad Bahar telah memberitahu walaupun penduduk Palestin menghadapi sekatan ekonomi dan proses kebuluran yang belum pernah berlaku, tetapi mereka tidak akan meninggalkan hak-hak mereka yang sah walaupun dalam kesakitan.

Bahar selaku ketua delegasi PLC semasa lawatan rasminya ke Sudan memberi ulasannya di hadapan ahli-ahli parlimen Sudan dengan mengesahkan bahawa penduduk Palestin akan memelihara perpaduan kebangsaan dan melindungi tanah-tanah penduduk Palestin yang telah diduduki sehingga keseluruhannya dibebaskan.”Kita mengurus masa depan dengan air mata harapan dan keyakinan pada Allah Yang Maha Kuasa yang kita akan mendapat kemenangan juga akhirnya”, ujar Bahar.

Beliau juga memberi taklimat kepada penggubal undang-undang Sudan mengenai IOA yang melakukan kekejaman berterusan terhadap penduduk Palestin dan komplot Israel terhadap Masjid Aqsa.Tetapi beliau memberi jaminan bahawa penduduk Palestin akan memelihara agama mereka dan juga tugas negara dalam mempertahankan Masjid Aqsa serta menyekat usaha Israel yang dengki terhadap masjid itu.

Selain itu, Bahar telah menerangkan usaha-usaha orang Islam Palestin dan orang Kristian mengenai perkara ini.”Kami penduduk Palestin masih dan akan tertakluk kepada satu bentuk peras ugut paling teruk daripada masyarakat antarabangsa yang dikenakan bagi menggugurkan sekatan ekonomi terhadap mereka, itupun atas permintaan Israel yang bertujuan untuk menyekat demokrasi di Palestin dan sumber pendapatannya”.