
Jumaat, 13/04/07 –
Rangkaian pertubuhan persendirian Palestin menggesa pihak UN dan agensi-agensi yang berkaitan supaya memberi “perlindungan antarabangsa sementara†kepada ribuan pelarian Palestin di Iraq yang saban hari dibunuh oleh tentera Iraq.
Dalam sidang akhbar Rabu lalu, rangkaian ini menegaskan bahawa terdapat 7 juta pelarian Palestin, yang menjadikannya perhimpunan pelarian yang terbesar di dunia, dan mereka ini dinafikan hak-hak kemanusiaan dan politik, termasuk hak untuk kembali ke tempat asal mereka dan lain-lain lagi.
Rangkaian ini juga menjelaskan bahawa pelarian Palestin ini terdedah kepada beberapa pembunuha beramai-ramai secara kejam semenjak mereka disingkirkan daripada tanah air mereka oleh rejim Zionis yang menubuhkan Negara Hebrew di atas tanah pelarian tersebut.
Tambahnya lagi, sehingga kini, pembunuhan beramai-ramai ke atas pelarian Palestin oleh tentera Iraq dipercayai mendapat kebenaran dan sokongan daripada US dan rejim Zionis di Iraq, di mana telah membuka satu lagi lembaran hitam dalam sejarah pelarian Palestin.
Rangkaian ini percaya bahawa pasukan pekerjaan Amerika sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan pelarian Palestin di Iraq, dan telah meminta pihak UN supaya memberi “perlindungan antarabangsa sementara†kepada tahanan Palestin sehingga mereke dihantar ke tempat asal mereka.
Resolusi UNSC nombor 194 telah mengarahkan penghantaran segera pelarian-pelarian tersebut ke tanah air mereka; namun sehingga kini rejim Zionis tidak mengendahkan arahan resolusi tersebut dan menafikan hak penghantaran pulang pelarian Palestin ke negara mereka.