
Jumaat, 13/04/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert akan bertemu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Ahad ini, mengikut perjanjian yang dicapai dengan perantaraan Amerika. Sementara itu Israel berkata bahawa rundingan tersebut tidak menyentuh tentang cadangan untuk menubuhkan Negara Palestin seperti yang diharap-harapkan oleh Abbas.
Mesyuarat tersebut yang dinanti-nantikan akan memfokuskan kepada nasib tentera Israel, Jilad Shalit yang ditahan kira-kira sejak sepuluh bulan lalu, berikutan Israel tidak mengambil peduli senarai yang dikemukakan oleh Hamas yang menghimpunkan seramai seribu tahanan rakyat Palestin di penjara yang mana pertubuhan itu mahu supaya mereka dibebaskan dalam rundingan pertukaran.
Para pegawai tinggi Israel memberi alasan bantahan mereka terhadap senarai tersebut yang mana kebanyakannya adalah aktivis-aktivis yang dianggap oleh Israel sebagai “tangan-tangan yang berlumuran dengan darah†hasil dari serangan yang dilakukan terhadap Israel. Meskipun begitu, Olmert berkata kerajaannya mahu meneruskan rundingan dengan perantaraan Mesir.
Sementara itu, Hamas menyatakan kesediaannya untuk meneruskan rundingan, meskipun berkata sebarang perjanjian “akan menemui kegagalan†jika Israel terus menerus mahu penegcualian ke atas beberapa aktivis-aktivis itu.
Jurucakap kerajaan Palestin, Ghazi Hamad dalam menyentuh perkara ini berkata bahawa sebarang perjanjian “yang akan menemui kegagalan†berlaku apabila Israel meminta supaya avtivis-aktivis tersebut digugurkan daripada senarai yang mana mereka ini pernah dituduh membunuh atau mencederakan penduduk Israel. Tambahnya, Fatah tidak akan bersetuju untuk menggugurkan nama-nama aktivis tersebut daripada senarai itu bagi memenuhi tuntutan Israel.