Israel Ragu-Ragu Untuk Berunding.


Jumaat, 13/04/07 –

Ahli perniagaan Amerika yang berasal dari Syria, Ibrahim Sulaiman mendedahkan bahawa Presiden Syria, Basyar Al Asad enggan menghantar pasukan tentera menentang Israel ketika peperangan di Lubnan pada musim panas yang lalu.

Sulaiman berkata, permintaan itu telah dikemukakan oleh pegawai-pegawai tinggi Lubnan dan Syria dalam peperangan itu, namun Asad enggan, yang mana presiden Syria itu mahu berdamai dan ia memerlukan kepada penerimaan Israel untuk bersemuka dengannya.

Beliau berkata dalam kenyataan kepada pemberita di Baitul Maqdis selepas bertemu dengan suruhanjaya luar di Knesset Israel bahawa sejak tahun 1948 para pemimpin Israel telah menyentuh tentang kesediaan mereka untuk berdamai serta berunding dengan negara-negara Arab pada bila-bila masa dan ketika. Tambahnya, apabila mereka serius, maka mereka boleh bersetuju dengan seruan Asad untuk duduk di meja rundingan serta mencapai perdamaian.

Sulaiman menegaskan bahawa perdamaian boleh dicapai dan ia sangat penting di mana Israel dan Syria telah mensia-siakan banyak peluang dalam persidangan yang lalu yang diadakan pada tahun 1991.

Beliau berkata, para pemimpin Syria seperti Farouq Al Syar’, Timbalan Presiden Syria serta Walid Al Muallim, kedua-duanya pernah mendedahkan bahawa 80% pertelingkahan dengan Israel telah berjaya diselesaikan kecuali menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan pengunduran tentera Israel dari Bukit Golan ke sempadan 4 Jun 1967, tidak meletakkan pasukan ketenteraan di kawasan itu serta pertelingkahan mengenai sumber air.

Pemberita Aljazeera di Ramallah berkata wujud perselisihan pendaapt antara pemimpin haluan kiri dan kanan Israel berhubung isu ini. Pemimpin berhaluan kiri berpandapat peluang itu terbuka bagi mencapai kemajuan melalui cara rundingan, sementara yang berhaluan kanan pula berkata Syria masih lagi di dalam paksi kejahatan serta mengekalkan hubungan eratnya dengan Iran serta Hizbullah. Maka tidak guna untuk berunding.