
Isnin, 16/04/07 –
Gerakan Hamas mengkritik pertemuan presiden Mahmud Abbas dan perdana menteri Israel Ehud Olmert hari ini (15/4) di Al-Quds terjajah,yang dianggap sebagai pertemuan yang sia-sia.
Melalui jurucakapnya, Ismael Ridhwan dan Fauzi Barhoum, Hamas tidak meletakkan sebarang harapan terhadap pertemuan Abbas-Olmert tersebut. Terutama kerana pertemuan tersebut dilakukan pada waktu serangan ganas Israel terus dilancarkan terhadap rakyat Palestin.
Ridwan meminta pertemuan-pertemuan dengan musuh Israel segera ditamatkan kerana tiada sebarang manfaat bahkan cenderung merugikan bangsa Palestin.
Ridhwan mengingatkan bahawa Israel mempermainkan perasaan orang dan mereka ingin
menipu dunia antarabangsa bahawa mereka menginginkan perdamaian. Padahal pada
realiti sebaliknya berlaku. Mereka terus-menerus melanggar perjanjian dan perdamaian. Ridwan menegaskan, Israel tidak tahu bahasa perdamaian dan perbincangan kecuali bahasa perang dan kekuatan.
Dalam pada itu, Ridwan menyerukan semua pihak untuk menyatukan langkah dan tekad dalam membendung serangan berterusan Israel. Mereka ingin menjajah semula Semenanjung Gaza dan meneruskan penganiayaan terhadap rakyat Palestin. Disamping ingin menguasai Tebing Barat dan menghancurkan al-Aqsa.