
Isnin, 16/04/07 –
Pemimpin tertinggi politik Hamas yang juga ahli biro politik gerakan itu, Ezzat Al-Resheq hari ini mengesahkan bahawa membebaskan ribuan tahanan Palestin di penjara-penjara Israel adalah satu tanggungjawab dan misi nasional yang sepatutnya semua rakyat Palestin terlibat.
Resheq mencatatkan perkara itu sebagai memperingati hari ulangtahun tahanan Palestin yang akan menjelang, memfokuskan bahawa terdapat lebih 11 ribu rakyat Palestin ditahan termasuk ratusan wanita dan kanak-kanak yang masih dalam keadaan menderita di 25 buah penjara dan pusat tahanan Israel.
“Isu tahanan Palestin ini telah dan akan terus menjadi prioriti politik Hamas sebagai tugas nasional yang semua penduduk Palestin seharusnya berganding bahu.” kata Resheq ketika memberikan kenyataan kepada Pusat Info Palestin.Dalam konteks ini, Resheq menggesa kerajaan PA untuk mengambil perhatian yang lebih terhadap isu ini, dan membawanya ke peringkat benua dan antarabangsa.”Ia adalah tidak masuk akal apabila masyarakat antarabangsa begitu menumpukan perhatian kepada seorang pegawai Rejim Zionis yang ditangkap di medan perang sementara itu tidak mengendahkan kepahitan yang dialami oleh ribuan rakyat Palestin yang ditindas di penjara-penjara Israel,” tegas pemimpin tinggi Hamas itu.
Berkaitan hal ini, Resheq mengesahkan bahawa Kopral Rejim Zionis, Gilad Shalit tidak akan dibebaskan kecuali Israel mengambil perhatian sebagai rasa kemanusiaan, untuk membebaskan wanita dan kanak-kanak Palestin daripada penjara mereka.Shalit ditangkap di tangan pejuang pembebasan Palestin daripada 3 buah sayap ketenteraan, termasuk Briged Qassam dari Hamas, pada Jun yang lalu, dan masih ditahan sehingga kini. Usaha IOF untuk menjejak dan membebaskannya masih gagal hingga kini.
Resheq juga melemahkan dakwaan penolakan Israel terhadap senarai nama tahanan untuk ditukar ganti dengan Shalit, sambil menegaskan bahawa kerajaan penjajah Israel tiada pilihan lain selain memenuhi tuntutan tersebut.Mesir sedang berunding dengan penculik Shalit dan kerajaan penjajah Israel untuk mencapai kata putus.Dalam perkembangan berkaitan, puluhan keluarga tahanan Palestin di penjara Israel mengadakan rapat umum di hadapan pusat tahanan Ofer, selatan bandar Ramallah, bagi memprotes polisi dan tekanan Israel kepada orang tersayang mereka. Peserta rapat umum itu yang terdiri daripada ibu-ibu, isteri-isteri dan kanak-kanak tahanan mengangkat gambar saudara mereka yang ditahan.